LAUTAN TERBELAH MUKJIZAT NABI MUSA
Dan (ingatlah), ketika Kami belah laut untukmu, lalu Kami selamatkan
kamu dan Kami tenggelamkan (Fir’aun) dan pengikut-pengikutnya sedang
kamu sendiri menyaksikan.” [Al-Baqarah:50]
BOULDER, Amerika Syarikat
(AS) – Saintis-saintis di AS membuktikan kebenaran kisah Nabi Musa
membelah laut seperti yang diceritakan dalam kitab suci al-Quran dan
Injil, lapor sebuah akhbar semalam.
Satu kajian oleh sepasukan
penyelidik yang diketuai saintis Carl Drews dari Pusat Penyelidikan
Atmosfera Nasional di sini, mendapati fenomena itu tidak bercanggah
dengan hukum fizik.
Kitab al-Quran menceritakan bahawa Nabi
Musa membelah laut dengan menghentakkan tongkatnya ke tanah semasa
baginda dan kaum Bani Israel terperangkap di antara pasukan tentera
Firaun yang sedang mara dan laut di hadapan mereka.
Kumpulan
saintis itu yang mengkaji beberapa peta kuno Delta Sungai Nil mendapati
laut terbelah itu merujuk kepada sebuah lagun yang kini dikenali sebagai
Tasik Tanis di selatan Laut Mediterranean dekat Laut Merah dan satu
cawangan Sungai Nil.
Kini, dengan menggunakan simulasi
komputer, saintis-saintis itu menunjukkan bahawa laut berkenaan terbelah
dua melalui proses tiupan angin kencang yang dikenali sebagai angin
timur bertiup selaju 100.8 kilometer sejam (km/j) selama 12 jam
menyebabkan aliran air sungai dan lagun itu berpusing balik lalu
membentuk seperti dinding air. Satu model lautan komputer
kemudian digunakan sebagai simulasi bagi melihat kesan angin yang
bertiup semalamam ke atas air sedalam beberapa meter itu.
Selama empat jam, tiupan angin tersebut menghasilkan jambatan darat sepanjang 3.2 kilometer (km) dan selebar 4.8km. Sejurus selepas angin timur reda, air lagun dan sungai itu kembali mengalir ke tempat asal seperti ombak tsunami. Hasil kajian saintis berkenaan disiarkan di internet oleh Jurnal Public Library of Science ONE. – Agensi
LAKARAN artis menunjukkan angin kuat dari timur telah menyebabkan air
lagun (kiri) dan sungai (kanan) ‘berpusing’ dan membentuk dinding air
dekat Laut Merah
Rayhan Imam menikmati sore

Tidak ada komentar:
Posting Komentar